Quantcast
Channel: Bang Jatt
Viewing all articles
Browse latest Browse all 32

Sneak Peak UiTM Dengkil For Foundation Students

$
0
0
Hey whats up you guys


Kalau korang ada baca previous entry aku pasal Pengalaman Asasi Engineering UiTM Puncak Alam Part 1 & Part II, korang tahu yang untuk Semester 2 program Asasi aku, kitorang kena pindah from UiTM Kampus Puncak Alam to Uitm Kampus Dengkil. Kalau belum baca boleh baca dekat sini ;


So untuk semester kedua kitorang kena pindah masuk dalam kampus yang baru je siap dibina. Gambar gambar yang reveal panorama kawasan UiTM Dengkil ni pun dah banyak yang keluar. Aku tengok pun dah eksaited. 

Antara kemudahan yang terdapat di UiTM Dengkil :
  1. Anjung Dengkil 2 Tingkat - Bermacam gerai jualan akan disediakan seperti gerai makanan, minuman, kedai gunting rambut, kedai runcit, kedai bakeri, kedai alatulis, kedai cenderahati dan aksesori,dan dll)
  2. Mesin ATM
  3. Perkhidmatan Dobi (Coin Operated Machine)
  4. Perkhidmatan Bas NadiPutra untuk ke Putrajaya Sentral
  5. Setiap blok Kolej ade perkhidmatan LIFT
  6. WIFI
  7. Pusat Kesihatan sekali dgn Doctor
  8. Staf Residen Kolej (FELO)
  9. Padang Bola, court tennis, futsal
  10. Surau utama, surau di kolej dahlia/tualang
  11. CCTV 100++ buah
  12. Basikal 30 unit
List kemudahan ni last update 2 November haritu. CCTV 100+ unit woi hahah ni Kampus ke Juvana? Dulu rumours mengatakan baju kena basuh tangan. Kemain diorang (termasuk aku) merungut haha dasar pemalas! Nasib baik pakai Machine. Bukan apa, kitorang tak sempat nak basu pakai tangan sebenarnya (bukan ayat cover) haha!

Okay ni beberapa gambar yang aku dapat from Facebook page/group.

Tudia peta kawasan UiTM Dengkil. Yang biru tu blok pentadbiran lebih kurang and blok kolej lelaki hak bawah tu warna merah tu. Jauh weh. tapi takpe aku lagi rela berjalan dari mendaki Tangga Kejayaan Puncak Alam tu.

Ni beberapa jenis Banggunan yang terdapat dalam UiTM Dengkil ni. Ada Banggunan Pentadbiran, Banggunan Etika, Banggunan Dinamik & Banggunan Progressif. 

Ni Anjung Dengkil. Tempat yang dikatakan bakal ada Kedai Gunting Rambut and Kedai Cenderahati. Cenderahati apa weh haha ni kampus ke pusat perlancongan?

Dekat bawah Anjung Dengkil ni pulak ada cafe tempat student melantak. 

Kawasan ni aku tak pasti apa. Nak cakap cafe macam mewah sangat. Entahlah. Nanti dah daftar masuk nanti baru kita tahu haha!

Ni tempat yang paling aku tertunggu tunggu untuk tengok dengan mata aku sendiri. Sebab aku memang jenis suka lepak library. Jangan salah faham aku pergi bukan nak study. Tapi nak aircond hihew. Dengar cerita Library ni buka 24/7. Lecturer sendiri yang bagitahu. Kalau dia merepek memang aku kecewa ah.

Aku bet ni bilik kuliah. Tempat buat tutorial lah biasanya. 

Ha ni pulak TGV UiTM Dengkil. Hahaha tak aku gurau. Ni Dewan kuliah. Cantik gila weh tapi useless since mesti lagi selesa untuk aku tidur dalam lecture. Haih.

Makmal pun cun weh! Macam makmal dalam movie movie omputih. Boleh lah nanti sambil duk kucau experiment fefeling scientist terkemuka. Aku harap takdak zombie je lah yang keluaq muncul nanti.

Kolej ada dua. For perempuan and for lelaki. Kolej lelaki nama dia Kolej Tualang & kolej perempuan nama dia Kolej Dahlia. Yang aku attached tu gambar Kolej Tualang. Kolej Dahlia pun lebih kurang macam tu jugak.

Ni gambar dalam rumah. Dekat Puncak Alam meja study dekat dalam bilik. Tapi Dengkil meja study diletakkan dekat luar. Alasan? Maybe taknak kasi kacau roommate kot kalau kita nak stay up study. Tapi aku rasa haa dah kalau meja sederet macam ni, rancak la student lelaki main Dota. Lantai pulak lantai simen tapi takpe lantai simen tak effect pointer punya! 

Tapi katil dengan size loker memang effect pointer! Dia punya bilik haih. Kecik. Loker pun kecik.

Last but not least, tandas. Aku bersyukur sebab before this rumors cakap tandas dekat luar rumah. Nasib baik tandas dalam rumah. Tandas luar rumah takdak privasi langsung!

Entri ni banyak gambar pulak haha! Tak sabar nak daftar. Nanti kalau dah daftar aku kasi update terbaru pulak. Expectation vs Reality gitu. Haha!

Bye!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 32